Kuala Lumpur: Penyerang muda, Fergus Tierney dilihat berpotensi menjadi sandaran skuad Harimau Malaya pada masa depan selepas menunjukkan perkembangan cukup positif dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Pengendali interim skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe berkata, pemain berusia 23 tahun itu akan memberi aksi terbaik setiap kali diberikan peluang untuk bermain, malah prestasi bersama kelabnya, PAC Omonia menunjukkan perkembangan positif.

Justeru, jurulatih berpengalaman itu yakin sekiranya Tierney terus berkembang dengan baik, dia mampu menjadi pemain penting buat Malaysia dan pengganti utama penyerang ada ketika ini termasuk Bergson da Silva.

"Memang kita tahu penyerang seperti Bergson ini masih boleh menyumbang untuk pasukan kebangsaan lagi.