Lebih empat dekad pembangunan industri minyak dan gas telah membentuk Terengganu sebagai antara negeri penting dalam ekosistem perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) negara.

Perkembangan industri sejak era 1980-an, khususnya dengan kemunculan Kertih sebagai hab tenaga, membuka ruang kepada syarikat tempatan membina pengalaman dan kepakaran dalam bidang kejuruteraan, penyelenggaraan, fabrikasi, logistik serta perkhidmatan teknikal.

Kerjasama antara Kerajaan Negeri Terengganu, PETRONAS, pemain industri, agensi berkaitan dan syarikat tempatan telah meletakkan asas yang kukuh bagi industri OGSE di Terengganu.

Namun, asas yang kukuh perlu terus diperkasa selaras dengan perubahan industri, termasuk melalui peningkatan keupayaan, penerapan teknologi dan pembangunan bakat.