KUALA LUMPUR: Malaysia berpotensi mewujudkan sumber pendapatan baharu dengan membangunkan industri bahan api marin, sekali gus menjadi hab serantau bagi aktiviti pencampuran, penyimpanan serta pembekalan bahan api kapal.
Mengulas saranan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari supaya kerajaan memperluas asas hasil negara dan mengenal pasti industri strategik baharu, pemain industri maritim, Datuk Seri R Jeyenderan, berkata Malaysia mempunyai beberapa kelebihan untuk membangunkan sektor terbabit.
Beliau berkata, ia termasuk sumber petroleum, kemudahan penyimpanan, rangkaian pelabuhan dan kedudukan strategik di laluan perdagangan utama yang boleh dimanfaatkan untuk membolehkan syarikat tempatan terlibat dalam aktiviti bernilai tambah, bukan sekadar penyedia logistik.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FIsmailBinLasim2_876768.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)