KUALA LUMPUR: Kerjaya Prospek Group Bhd, menerusi konsortium melibatkan anak syarikat milik penuhnya, Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd (KPMSB), meraih kontrak bernilai RM568.19 juta daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk melaksanakan dan membina GIS Paka di Terengganu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Kerjaya Prospek memaklumkan konsortium itu terdiri daripada KPMSB, anak syarikat milik penuh Jati Tinggi Group Bhd, Jati Tinggi Holding Sdn Bhd (JTHSB) dan Betapac Sdn Bhd (BSB).

Usaha sama yang tidak diperbadankan itu dikenali sebagai Usahasama JTHSB-KPMSB-BSB, menerima surat anugerah daripada TNB semalam dan bersetuju menerima tawaran berkenaan hari ini, tambahnya.

"Projek ini akan disiapkan dalam tempoh 24 bulan dari tarikh mula kerja.