Kuala Lumpur: Dua syarikat besar dikatakan bakal menjalin kerjasama dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mungkin membawa sinar baharu kepada bola sepak negara, namun persoalan lebih besar ialah sejauh mana komitmen sebenar mampu diberikan.

Pemerhati bola sepak tempatan, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, kerjasama itu wajar disambut secara positif sekiranya benar-benar mampu menyuntik dana dan membawa manfaat kepada pembangunan bola sepak negara.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan pengumuman mengenai kemasukan dua syarikat besar itu belum cukup untuk mencetuskan keterujaan selagi identiti penaja, nilai tajaan dan butiran perjanjian tidak didedahkan secara jelas.

"Kalau betul, baguslah. Tapi janganlah gempak sangat. Tunggulah sudah tandatangan kontrak, barulah kita tahu siapa syarikat itu dan sebesar mana komitmen mereka.