MELAKA: Pemimpin muda diingatkan tidak hanya muncul ketika menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN), sebaliknya konsisten mendekati masyarakat dan melaksanakan khidmat kebajikan sepanjang masa.
Ketua Angkatan Muda Harapan (PH) Melaka, Muhammad Ridhuan Abu Samah, berkata khidmat masyarakat tidak seharusnya dilakukan semata-mata untuk meraih perhatian atau mendapatkan pencalonan pada pilihan raya, sebaliknya menjadi tanggungjawab berterusan dalam membantu rakyat.
Katanya, beliau sendiri sudah lama melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat dan usaha itu bukan baru digerakkan hanya kerana PRN semakin hampir.
Beliau berkata, segala apa yang pihaknya lakukan hari ini lebih kepada khidmat masyarakat dan bukannya memikirkan soal hendak dicalonkan atau tidak.










