Chicago: Seekor burung hijau eksotik terbang masuk ke terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Chicago O'Hare di sini, sebelum dirakam bertindak agresif terhadap penumpang dan pekerja syarikat penerbangan, lapor United Press International.
Video yang dirakam berhampiran kaunter daftar masuk Air France di Terminal 5 lapangan terbang itu menunjukkan burung berkenaan yang dipercayai sejenis burung kakak tua hinggap di kepala dan beg pakaian mereka.
Burung itu dilihat mematuk sesiapa sahaja yang cuba menyentuh atau menangkapnya.
Pekerja lapangan terbang O'Hare, Paris Elbert yang merakam kejadian itu pada 13 Oktober lalu berkata, burung berkenaan dipercayai terbang masuk menerusi pintu yang terbuka.









