PETALING JAYA - Seorang pemandu Porsche Cayanne dijatuhi hukuman penjara lima hari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis selepas mengaku bersalah memandu kereta mewah itu secara berbahaya di lebuh raya berhampiran Bandar Kinrara yang tular di media sosial.Majistret Nur Natasya Mohtaruddin yang menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Woo Hong Jiang, 56, memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara bermula hari ini, selain hilang kelayakan lesen memandu selama lima tahun serta dipenjara enam bulan, jika gagal membayar denda.Lelaki yang tidak diwakili peguam itu didakwa memandu secara berbahaya kepada dirinya dan pengguna jalan raya lain di Lebuhraya Puchong Bypass menghala ke Bukit Jalil, Serdang pada jam 2.14 petang, 18 Oktober lepas.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000.Timbalan Pendakwa Raya Adriana Maisarah Mohd Farid memohon hukuman berat dengan mengambil kira rakaman kamera papan pemuka (dashcam) menunjukkan tertuduh seorang pembuli jalan raya kerana memandu secara berbahaya dan tindakannya boleh menyebabkan kemalangan, selain kes itu telah tular."Tertuduh wajar dikenakan hukuman denda tinggi dan penjara melebihi tempoh minimum supaya memberi pengajaran kepadanya dan orang awam agar tidak mengulangi kesalahan sama," katanya. - Bernama
Lelaki pandu Porsche Cayanne secara berbahaya dipenjara lima hari, denda RM10,000

Key takeaways
Seorang lelaki dipenjara lima hari dan denda RM10,000 kerana memandu Porsche Cayanne secara berbahaya di lebuh raya.
- Woo Hong Jiang mengaku bersalah memandu secara berbahaya di Lebuhraya Puchong Bypass.
- Hukuman termasuk penjara lima hari, denda RM10,000, dan kehilangan lesen memandu selama lima tahun.
- Kes ini mendapat perhatian media sosial dan dianggap sebagai tindakan membahayakan pengguna jalan raya.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) KTMB siasat lelaki pandu kereta atas landasan kereta api
- Utusan Malaysia Pemandu tidak mengaku pandu berbahaya langgar Asiah
- Harian Metro Lelaki tular pandu kereta secara berbahaya ditahan
- Sinar Harian Lelaki pandu Porsche Cayanne secara berbahaya dipenjara lima hari, denda RM10,000 (this story)








