WASHINGTON – Hampir 27 individu di 12 negeri di Amerika Syarikat (AS) disahkan dijangkiti bakteria salmonella selepas menikmati tiram mentah, lapor saluran berita The Independent.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS memaklumkan, lima mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Pennsylvania menjadi negeri paling teruk terjejas dengan mencatatkan lapan kes, diikuti oleh New York dan Virginia.

Hasil siasatan mendapati penularan berpunca daripada produk tiram keluaran syarikat Little Wicomico Oyster Company yang beroperasi di timur laut Virginia.