PETALING JAYA: Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Perikatan Nasional (PN), hari ini memberi harapan baharu pada gabungan parti pembangkang itu.

Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keputusan yang menggantung notis Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) itu membolehkan lambang PN digunakan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Keputusan Mahkamah Tinggi hari ini bertepatan dengan penghakiman Almarhum Sultan Azlan Shah dalam kes Pengarah Tanah dan Galian, Wilayah Persekutuan v Sri Lempah Enterprise Sdn Bhd [1979] bahawa: “setiap kuasa mesti mempunyai batasan undang-undang, jika tidak, ia akan membawa kepada pemerintahan diktator” . “Keputusan ini akan memberi harapan baru khususnya kepada PN untuk menghadapi sistem demokrasi dalam negara secara sihat dan adil kerana kami percaya, kuasa bukanlah lesen untuk bertindak secara sesuka hati, manakala undang-undang juga bukan alat untuk menekan pihak yang berbeza pandangan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.