Kuala Lumpur: Aspek penetapan kuasa yang jelas perlu diberi perhatian sekiranya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diminta membantu operasi berskala besar Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam membanteras kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).
Pakar Kriminologi, Datuk Shahul Hamid Abd Rahim berkata, ini kerana kerjasama antara agensi tidak boleh menyebabkan kekeliruan mengenai siapa membuat keputusan, pihak yang menjalankan penguatkuasaan dan tanggungjawab terhadap sesuatu tindakan di lapangan.
Katanya, dalam urusan itu, ATM boleh berperanan menyokong aspek keselamatan kawalan kawasan, rondaan, pemantauan, bantuan operasi berdasarkan arahan serta kuasa undang-undang berkenaan.









