KUALA LUMPUR: Orang ramai termasuk pengamal media diingatkan untuk tidak memuat naik, berkongsi atau menyebarkan rakaman video insiden melibatkan senjata berbahaya di sebuah sekolah di Kuching, Sarawak.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, penyebaran rakaman yang memaparkan unsur keganasan, khususnya melibatkan kanak-kanak, boleh menjejaskan privasi, maruah dan kesejahteraan emosi pihak terlibat serta keluarga mereka.

Menurut suruhanjaya itu, tindakan mendedahkan identiti kanak-kanak boleh melanggar Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) .

“Penyebaran kandungan sedemikian juga boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), sekiranya melanggar peruntuk