Adun Kampung Tunku Lim Yi Wei berkata perbincangan mengenai keganasan di sekolah tidak patut libatkan perkongsian video atau mensensasikan tindakan mahupun manifesto penyerang. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Adun Kampung Tunku Lim Yi Wei menggesa orang ramai berhenti menularkan video insiden keganasan di sekolah menerusi media sosial, selain meminta pihak media tidak mensensasikan kejadian sedemikian.

Wakil rakyat DAP berkata, gesaan itu bertujuan membendung penularan sosial, apabila tingkah laku, emosi, atau idea merebak secara pantas dan spontan, sekali gus berisiko mencetuskan perbuatan 'copycat'.

“Berbincang secara bersemuka mahupun dalam talian serta berkongsi maklumat mungkin dilihat membantu, namun di manakah batas antara tanda solidariti dengan sensasi?” soalnya dalam kenyataan.