Persatuan Pembuat Roti Semenanjung Gaza memberi amaran tujuh kilang roti masih beroperasi mungkin terpaksa ditutup dalam tempoh 48 jam akan datang, jika tiada bekalan baharu. (Gambar EPA Images)GAZA: Gudang di seluruh Semenanjung Gaza kehabisan bekalan tepung sepenuhnya, kata Ketua Persatuan Pembuat Roti Semenanjung Gaza, Abdul Nasser al-Ajrami, pada Khamis, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (Wafa).

Beliau memberi amaran tujuh kilang roti masih beroperasi mungkin terpaksa ditutup dalam tempoh 48 jam akan datang, jika bekalan baharu tidak dibenarkan masuk.

Dalam temu bual telefon bersama Wafa, al-Ajrami menjelaskan krisis itu berpunca daripada tindakan Israel menutup pintu sempadan Gaza sepanjang minggu lalu dan enggan membenarkan tepung komersial dibawa masuk ke wilayah berkenaan, meskipun pintu sempadan dibuka separa semula.