Madrid: Penganjur La Liga menukar pengadil bagi perlawanan Barcelona menentang Real Madrid selepas jurulatih, Jose Mourinho membantah identiti pengadil itu didedahkan terlalu awal.

Alejandro Hernandez Hernandez, pengadil berpengalaman yang bertugas dalam Piala Dunia 2026, pada awalnya dipilih untuk mengadili perlawanan berkenaan.

Bagaimanapun, menurut Radio Marca, Jawatankuasa Teknikal Pengadil Sepanyol (CTA) kemudian memutuskan untuk menggantikannya dengan Javier Alberola Rojas.

Pertukaran itu dikaitkan dengan reaksi Mourinho, meskipun badan pengadil berkenaan belum mengesahkan sebab sebenar keputusan itu dibuat.