JAKARTA: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, hari ini berkata bahawa kerajaan akan membatalkan lesen perniagaan syarikat milik asing yang didapati berulang kali melanggar peraturan dan menyumbang kepada kebakaran hutan serta tanah, lapor Xinhua.

Prabowo berkata, pihak berkuasa sedang menyiasat syarikat yang disyaki melanggar peraturan pengurusan tanah dan pencegahan kebakaran, dengan penemuan awal menunjukkan beberapa syarikat melakukan pelanggaran berulang kali.

Beliau berkata, sebuah syarikat disyaki terbabit dalam sebanyak 19 kes kebakaran hutan.

"Sesiapa yang melanggar peraturan, batalkan sahaja lesen mereka! Saya tidak akan teragak-agak," kata Prabowo.