KUALA LUMPUR: Lee Biscuits Malaysia Sdn Bhd, jenama biskut yang ditubuhkan pada 1934, akan menghentikan operasi pengeluaran di kilangnya di Pontian menjelang akhir bulan ini.
Penutupan itu merupakan sebahagian daripada langkah penstrukturan semula kumpulan induknya, yang dilaporkan akan keluar daripada perniagaan pembuatan makanan ringan bagi menyatukan aset dan memberi tumpuan kepada pegangan terasnya, termasuk operasi getah dan kelapa sawit.
Pembekal dan pelanggan mula menerima notis mengenai penghentian pengeluaran itu bulan lalu, manakala kilang berkenaan juga dilaporkan akan memberhentikan pekerjanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pekan Nanas, Tan Eng Meng, mengesahkan beliau menerima berita mengenai penutupan yang bakal berlaku itu ketika dihubungi China Press.








