Ayer Keroh: Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Perkara itu diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk BN bagi PRN Melaka Ke-16 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini malam tadi.

"Saya mengumumkan Datuk (Seri) Rauf adalah Pengarah Pilihan Raya BN Negeri Melaka.

"Sebelum ini Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan), tetapi beliau sebagai Menteri Luar agak sibuk, kebetulan pula ketika kempen PRN berjalan nanti, beliau mempunyai tugasan di luar negara, termasuk menghadiri mesyuarat negara Komanwel dan juga tugas mewakili negara bagi mesyuarat serantau, khususnya Sidang Kemuncak ASEAN di Manila dan juga di beberapa negara yang lain.