MUNICH: Penyerang Bayern Munich, Luis Diaz terpaksa berehat untuk tempoh yang belum dapat dipastikan selepas mengalami koyakan otot kecil pada hamstring kiri ketika membantu pasukannya seri 2-2 menentang Arsenal dalam aksi Liga Juara-Juara.
Pemain dari Colombia berusia 29 tahun itu dimasukkan pada minit ke-68 di Allianz Arena, namun terpaksa dikeluarkan pada masa kecederaan selepas mengalami kecederaan.
Pemeriksaan yang dijalankan oleh pasukan perubatan Bayern mengesahkan Diaz mengalami koyakan pada hamstring, menurut kenyataan kelab itu.
"Penyerang berusia 29 tahun itu terpaksa diketepikan buat sementara waktu," kata Bayern.








