MELAKA: Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka serentak dengan PAS dan rakan strategiknya pada Sabtu ini.
Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata, BN akan bertanding di 21 kerusi, manakala PAS dan rakan strategiknya akan bertanding di tujuh kerusi berdasarkan pembahagian yang dipersetujui, setakat ini.
"Insya-Allah di pentas yang sama dan di dewan yang sama kita akan umumkan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, di sini malam ini.
Berhubung pembahagian kerusi di antara parti komponen BN, Ahmad Zahid berkata, perkara itu sudah dimuktamad berdasarkan jangkaan kemampuan setiap parti untuk menang di kawasan yang akan ditandingi.








