KUALA LUMPUR: Bekas pelakon juga balu Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin iaitu Datin Seri Zizie Izette, 48, berasa terhibur dengan pelbagai komen daripada wargamaya terhadap dirinya dan arwah suami.
Menerusi hantaran dimuatnaik di Threads, ibu tunggal itu menyifatkan masing-masing yang menulis itu lebih 'serba tahu' segala macam dalam kehidupan dilalui berbanding dirinya sendiri.
"Baca cerita pasal diri sendiri dan arwah suami, kadang-kadang saya pun terhibur. Hebat betul, orang luar lagi tahu daripada tuan badan sendiri.
"Billion-billion katanya. Kalau betul, silakan tunjuk bukti. Janganlah main petik nama arwah dan sebarkan fitnah sesuka hati.






