LONDON: Pemain tengah Liverpool, Alexis Mac Allister mendakwa Andoni Iraola 'mengubah' Liverpool selepas mengakui ada sesuatu yang tidak kena ketika pasukan itu dibimbing Arne Slot.
Pengendali dari Belanda itu dipecat Liverpool pada penghujung musim lalu dengan tempatnya digantikan bekas pengurus Bournemouth, Iraola.
Beliau membimbing Liverpool menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim pertamanya, namun gagal mengulangi pencapaian berkenaan pada musim kedua walaupun mendapat sokongan besar dalam jendela perpindahan pemain.
Iraola setakat ini mengendalikan 11 perlawanan dengan mencatat tujuh kemenangan, tiga seri dan satu kekalahan.






