Keadaan jerebu di Malaysia yang semakin memburuk sehingga menjejaskan kehidupan seharian masyarakat berpunca daripada Indonesia. KUALA LUMPUR: Kerajaan sudah melakukan sedaya upaya untuk menangani masalah jerebu yang melanda negara, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika menjawab kenyataan bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin yang menyifatkan Malaysia mengambil sikap 'terlalu lembut' ketika berurusan dengan Indonesia berhubung isu jerebu yang semakin memburuk.

“Kita sudah buat sedaya mungkin,” katanya ditemui selepas melancarkan Projek Residensi Siswa Universiti Malaya di pekarangan Kolej Kediaman Kelima, Universiti Malaya.

Semalam, Khairy menggesa kerajaan mengambil pendirian lebih tegas dalam menangani isu berkenaan, namun mengakui Malaysia masih perlu menggunakan pendekatan diplomasi.