Selayang: Semangat gotong-royong penduduk sebuah flat di sini, menghias dan menukar lobi lif dan koridor hingga kelihatan ceria dan mewah seperti hotel menarik perhatian netizen.
Ia kerana ruang kecil di sebuah flat di Selayang, di sini, diberi 'nafas' baharu menjadikannya lebih ceria dan bersih, hasil kerjasama penduduk bergotong-royong menghias kawasan berkenaan.
Perkongsian beberapa gambar ruang itu di akaun Threads, @ilaalnk turut mendapat perhatian dan pujian netizen sekali gus memberi inspirasi kepada komuniti lain untuk melakukan inisiatif sama.
Berkongsi perkara itu, @ilaalnk berkata, kejiranan flat berkenaan tanpa mengira bangsa sepakat bersama-sama mengindahkan ruangan itu supaya ia cantik dan bersih.








