KUALA TERENGGANU: Pembantu kedai berusia 19 tahun maut selepas motosikal ditunggangi bertembung dengan kereta di Jalan Pusara, di sini, 5.30 petang tadi.

Mangsa, Muhammad Aiman Khairul Anuar, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata mangsa menunggang motosikal dari arah Jalan Ladang menghala ke Gong Kapas, manakala kereta dipandu wanita berusia 51 tahun dari Jalan Sungai Rengas ke di Taman Alamanda 4.

"Ketika kejadian, motosikal itu sedang bergerak terus sebelum kereta dari arah bertentangan membelok ke simpang kiri laluan motosikal berkenaan.