KUALA SELANGOR - Tindakan menyembunyikan 450 unit bubu naga di dalam 15 tong ais terbongkar dalam serbuan sebuah jeti nelayan di Tanjung Karang di sini pada Khamis.Serbuan menerusi Ops Hurricane Oktober 2026 itu dijalankan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Selangor dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor dan Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang dari jam 1 tengah hari hingga 7 malam.Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Selangor, Noraisyah Abu Bakar berkata, operasi berkenaan membawa kepada dua kes rampasan berasingan membabitkan peralatan menangkap ikan yang disyaki dilarang.Menurutnya, rampasan pertama melibatkan 300 unit bubu naga yang disimpan dalam 10 tong dengan anggaran nilai RM15,000."Rampasan kedua pula membabitkan 150 unit bubu naga yang disimpan dalam lima tong dengan anggaran nilai RM7,500."Jumlah keseluruhan rampasan adalah sebanyak 450 unit bubu naga bernilai RM22,500," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, tiada individu tampil mengaku sebagai pemilik peralatan menangkap ikan berkenaan dalam kedua-dua kes."Kesemua peralatan yang dirampas disita dan dibawa ke Pusat Tahanan Vesel Kuala Selangor untuk tindakan lanjut."Kes disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Perikanan (Larangan Cara Menangkap Ikan) (Pindaan 2024), dibaca bersama Seksyen 26 Akta Perikanan 1985, berhubung penggunaan peralatan menangkap ikan yang dilarang," katanya.Jelasnya, kedua-dua kes diserahkan kepada pegawai penyiasat Jabatan Perikanan Negeri Selangor untuk tindakan selanjutnya."DOF akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan bersama agensi berkaitan bagi membanteras penggunaan peralatan menangkap ikan yang dilarang serta memastikan kelestarian sumber perikanan negara," katanya.
Sorok bubu naga dalam tong ais

Key takeaways
450 unit bubu naga dirampas di Tanjung Karang semasa serbuan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.
- Serbuan dilakukan oleh Jabatan Perikanan Malaysia bersama agensi lain pada 15 Oktober 2026.
- Bubu naga dirampas dari 15 tong ais bernilai RM22,500.
- Tiada individu mengaku pemilik peralatan yang dirampas.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
4 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Wanita simpan mayat bayi sebelum buang dalam tong sampah
- Sinar Harian Sorok bubu naga dalam tong ais (this story)







