Bekas Ahli Parlimen Kota Bharu, Zaid Ibrahim, dakwa Presiden Umno Zahid Hamidi 'orang Anwar Ibrahim'.PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Kota Bharu, Zaid Ibrahim, menggesa PAS bergerak solo pada PRU16, berbanding membentuk suatu pakatan dengan Barisan Nasional (BN).
Zaid, yang dahulunya pernah berada dalam Umno tetapi kini menyertai PAS, mendakwa Pengerusi BN Zahid Hamidi tidak ikhlas tentang kerjasama dengan PAS.
Zaid percaya PAS berkeupayaan memenangi 60 kerusi Parlimen di Semenanjung pada PRU16, secara bersendirian.
Katanya, PAS selepas PRU16 boleh membentuk kerajaan bersama parti-parti di Sabah dan Sarawak dengan menawarkan 'tawaran adil' berhubung perkara-perkara kritikal bagi pembangunan dua negeri berkenaan.






