Baru-baru ini, tular video di platform media sosial papar lelaki dakwa baru sahaja mengahwini seorang remaja berusia 15 tahun, cetus reaksi negatif netizen. (Gambar fail)PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyuarakan kebimbangan berhubung video tular yang dilihat menormalisasikan perkahwinan bawah umur atas dasar agama, menegaskan kepentingan dan kesejahteraan kanak-kanak wajar diutamakan.
Pesuruhjaya Kanak-kanak Suhakam Al Adib Samuri merujuk Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 2014 yang mendapati kebanyakan perkahwinan bawah umur di negara ini tidak berlaku demi kebaikan kanak-kanak terbabit.
Sebaliknya, katanya, langkah itu lebih bertujuan menutup 'kesilapan' atau 'aib' keluarga yang terlibat






