Ketua Penerangan Pemuda MCA Neow Choo Seong berkata kerajaan perlu mendedahkan jumlah dana awam yang diperuntukkan untuk membangunkan TuJu.PETALING JAYA: Pemuda MCA menggesa kerajaan menjelaskan keputusan memilih Prosignal Consortium Sdn Bhd untuk membangunkan bersama sebuah aplikasi navigasi selepas melarang penjawat awam menggunakan Waze atas faktor keselamatan.

Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong, mempersoalkan sama ada tender terbuka dijalankan atau syarikat itu dilantik melalui mekanisme perolehan lain.

Neow Choo Seong.Beliau turut mempersoalkan kriteria, kelayakan teknikal dan proses penilaian yang digunakan untuk menentukan sama ada syarikat itu sesuai melaksanakan projek terbabit.