Timbalan Pengerusi Bersatu Selangor, Rafiq Abdullah, kata keputusan PN menerima Wawasan tanpa persetujuan semua parti komponen menjadi antara punca perselisihan. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Timbalan Pengerusi Bersatu Selangor, Rafiq Abdullah, mempersoalkan keperluan partinya menghadiri mesyuarat Perikatan Nasional (PN) sekiranya turut melibatkan Parti Wawasan Negara (Wawasan).

Rafiq berkata keputusan PN menerima Wawasan tanpa persetujuan semua parti komponen menjadi antara punca perselisihan, serta tindakan PAS menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu.

"Kalau setakat nak panggil dengan yang asal (parti komponen asal), tiada masalah. Jika ada Wawasan, kenapa kita nak pergi?" katanya kepada FMT.