Ahli Parlimen Langkawi Suhaimi Abdullah berkata, pulau peranginan itu boleh diberi kuasa urus cukai PBT, cukai tanah dan pelesenan, selain perkenal levi pelancongan, hotel, alam sekitar serta perkhidmatan feri. KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen mencadangkan agar Putrajaya mempertimbangkan pemberian autonomi fiskal yang lebih luas kepada Langkawi untuk menguruskan cukainya sendiri, selain memanfaatkan hasil berkenaan bagi membiayai pembangunan tempatan.
Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) berkata, walaupun pulau peranginan itu menjana berbilion ringgit menerusi sektor pelancongan, sebahagian besar hasil cukai disalurkan ke kantung persekutuan, walaupun pelbagai peringkat kerajaan terpaksa menanggung kos perkhidmatan dan pembangunan.







