PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menarik perhatian apabila kelihatan sihat ketika menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara, Kuala Lumpur, hari ini.

Menerusi perkongsian pengguna Threads, @Hapipah_zainudin yang memuat naik gambar paparan siaran langsung solat Jumaat TV1, Tun Mahathir, 101, dilihat duduk di kerusi rodanya sambil mengenakan baju pejabat yang selalu digunakan lengkap bersongkok hitam.

Penampilan itu mencuri perhatian selepas hampir empat minggu pemergian isteri tercinta, Allahyarham Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali, yang meninggal dunia pada 28 September lalu.

Penampilannya turut mengundang reaksi positif dalam kalangan netizen yang meluahkan rasa syukur melihat beliau hadir ke masjid untuk menunaikan