Johor terus menjadi negeri paling teruk terjejas akibat jerebu dengan Pasir Gudang mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu 180. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Sebanyak 19 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat pagi ini, dengan Sabah dan Sarawak sekali lagi terjejas akibat keadaan berjerebu.

Setakat 8 pagi, Pasir Gudang di Johor mencatatkan bacaan tertinggi dengan 180, manakala kawasan lain di negeri itu turut terjejas teruk, iaitu Larkin (176), Kota Tinggi (169), Pengerang (166), Batu Pahat (161), Kluang (154), Tangkak (151) dan Segamat (133).

Selepas beberapa hari reda, beberapa kawasan di Malaysia Timur mula mencatatkan bacaan IPU tidak sihat sekali lagi, iaitu Sri Aman (172), Serian (154) dan Samarahan (129) di Sarawak serta Tawau (154) di Sabah.