PETALING JAYA: Keadaan jerebu di Lembah Klang menunjukkan perkembangan positif apabila bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di beberapa kawasan menurun ke tahap sederhana pagi ini, berbanding paras tidak sihat yang direkodkan semalam.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), semua enam stesen pemantauan di Selangor mencatatkan bacaan sederhana setakat pukul 10 pagi ini, dengan Petaling Jaya merekodkan IPU tertinggi iaitu 83.
Diikuti Johan Setia (83), Shah Alam (81), Klang (79), Kuala Selangor (70) dan Banting (59).
Keadaan itu jauh berbeza berbanding semalam apabila keenam-enam kawasan berkenaan merekodkan bacaan tidak sihat, dengan Shah Alam mencatatkan IPU 167, Johan Setia (165), Petaling Jaya (161), Klang (157), Banting (154) dan Kuala Selangor (152) setakat pukul 10 pagi.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F06%2F8bdc0d92e75a29764e28cbb2a10fdb8c.png&w=480&output=webp&q=85&we)