JOHOR BAHRU – Hasrat seorang kanak-kanak lelaki menyambut hari lahir bersama bapanya pada 27 Oktober ini tidak kesampaian apabila dia maut selepas terjatuh dari tingkat 10 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Melana Fasa II, Taman Sutera Ros, Tampoi di sini, hari ini.
Lebih memilukan, Mohammad Adib Rizqy Mohammad Fauzi sepatutnya menyambut ulang tahun kelahirannya yang ketujuh semalam, namun keluarga merancang untuk mengadakan sambutan itu beberapa hari lagi bagi menunggu bapanya menerima gaji.
Ibu mangsa, Norhidayah Yacob, 30, berkata, mereka sekeluarga pada awalnya merancang untuk meraikan hari istimewa anak kedua daripada empat beradik itu bersama bapanya








