KUALA LUMPUR – Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (Yayasan LTAT) dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) terus melangkah ke hadapan dalam memperkasa pendidikan anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi pelaksanaan Program Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Sekolah Dalam Kem (SDK) Tahun 2026.

Yayasan LTAT dalam satu kenyataan berkata, inisiatif itu menyasarkan tujuh buah sekolah melibatkan seramai 401 pelajar SDK.

Katanya, buat permulaan, seramai 30 pelajar Tingkatan Empat Maktab Tentera Diraja (MTD) diberikan pendedahan kepada teknologi dron, pengaturcaraan dan kecerdasan buatan (AI) menerusi pro