KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) akan memberi tumpuan penuh dan memperkukuh persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka selepas keputusan Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini menggantung notis Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berhubung pembatalan pendaftaran gabungan berkenaan.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata pihaknya bersyukur dengan keputusan berkenaan dan menegaskan mereka berada pada landasan yang benar dalam mempertahankan hak melalui saluran undang-undang.
Beliau berkata, usaha pihak yang mahu 'memadamkan' PN tidak akan mematahkan tekad gabungan berkenaan, sebaliknya mereka akan tetap teguh dan meneruskan perjuangan itu.
"Terima kasih kepada semua atas doa, sokongan dan kesabaran serta pasukan peguam atas usaha gigih mereka.









