Dua hantaran berunsur hasutan sentuh institusi raja sedang disiasat - Ketua Polis Negeri Sembilan

Seremban: Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes membabitkan unsur hasutan, mengaibkan serta dakwaan tidak benar yang ditularkan di media sosial.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, susulan itu, seorang lelaki warga tempatan berusia 48 tahun ditahan bagi membantu siasatan satu daripada kes berkenaan.

Beliau berkata, polis turut giat mengesan pemilik akaun media sosial yang disyaki memuat naik kenyataan berunsur hasutan dan penghinaan serta dakwaan tidak benar.