Seremban: Polis sedang menyiasat dua kes membabitkan unsur hasutan, mengaibkan serta dakwaan tidak benar yang ditularkan di media sosial berkaitan krisis adat Negeri Sembilan.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun sudah ditahan bagi membantu siasatan satu daripada kes berkenaan.

Katanya, polis turut giat mengesan pemilik akaun media sosial yang disyaki memuat naik kenyataan berunsur hasutan dan penghinaan serta dakwaan tidak benar.

"Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan bagi kesalahan mengaibkan dengan sengaja dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.