MELAKA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyerahkan sepenuhnya siasatan berkaitan penemuan bungkusan misteri di beberapa sekolah di Negeri Sembilan semalam, kepada pihak polis.Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, KPM mengambil pendekatan sentiasa berwaspada terhadap sebarang penemuan barangan dalam keadaan mencurigakan di semua sekolah di seluruh negara."Jadi, kita mohon untuk semua pengetua, guru besar dan warga sekolah supaya berada dalam keadaan yang sentiasa bersedia, apatah lagi dalam isu-isu yang melibatkan keselamatan sekolah."Sekali lagi, kita ucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah memastikan keseluruhan aspek keselamatan itu diberi keutamaan," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pertemuan Kelab Perempuan Membaca "Fadhlina Membaca" bersama dengan Menteri Pendidikan di sini, hari ini.Semalam, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad mengesahkan pihaknya menerima sembilan laporan berhubung penemuan bungkusan mencurigakan di beberapa sekolah di Nilai dan Tampin.Alzafny dilaporkan berkata, hasil pemeriksaan mendapati kesemua kotak itu mengandungi tepung gandum dan pinggan plastik. - Bernama
KPM serah kepada polis siasat penemuan bungkusan misteri di sekolah di Negeri Sembilan

Key takeaways
KPM menyerahkan siasatan penemuan bungkusan misteri di sekolah Negeri Sembilan kepada polis.
- KPM mengambil pendekatan waspada terhadap benda mencurigakan di sekolah.
- Polis menerima sembilan laporan mengenai bungkusan mencurigakan di Negeri Sembilan.
- Menteri Pendidikan memuji usaha polis dalam menjaga keselamatan sekolah.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro , Utusan Malaysia
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Suami bunuh pegawai Kastam sebelum serah diri kepada polis
- Utusan Malaysia Polis siasat penemuan bungkusan misteri di sembilan sekolah
- Sinar Harian KPM serah kepada polis siasat penemuan bungkusan misteri di sekolah di Negeri Sembilan (this story)









