SHAH ALAM – Tujuh stesen minyak di sekitar Selangor kini disiasat susulan aduan pengguna mengenai petrol RON95 yang disyaki tercemar dengan air sehingga menyebabkan kerosakan pada enjin kenderaan.Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor, Muhamad Hanif Asa'ari berkata, sebanyak 10 aduan rasmi melibatkan tujuh premis stesen minyak telah disiasat secara menyeluruh pada Jumaat.Menurutnya, KPDN turut mengambil dan menyita 27 tin sampel petrol RON95 daripada pam pengisian yang terjejas untuk dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia bagi tujuan analisis makmal."Dalam pemeriksaan tersebut, pihak KPDN telah mengambil dan menyita 27 tin sampel minyak petrol RON95 daripada pam-pam pengisian yang terjejas untuk dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia bagi tindakan analisis makmal rasmi."Siasatan mendapati aduan pengguna melibatkan pelbagai simptom kerosakan enjin seperti bunyi enjin tidak normal, tersengguk-sengguk, kehilangan kuasa, enjin gagal dihidupkan serta terdapat kes injap enjin terbakar," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, pemeriksaan lanjut oleh pusat servis pengeluar kenderaan turut mengesahkan bahawa kerosakan enjin bagi sebahagian kenderaan pengadu berpunca daripada pencemaran air dalam tangki bahan api.Menurutnya, walaupun pemeriksaan awal mendapati semua stesen minyak terbabit memiliki Lesen Kebenaran Khas (CSA) dan lesen di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA) yang masih sah, tindakan penguatkuasaan tetap diambil bagi membantu siasatan."Pihak penguat kuasa telah mengeluarkan notis di bawah Seksyen 32 Akta Perihal Dagangan 2011 yang menghendaki pemilik premis mengemukakan maklumat dan dokumen berkaitan perniagaan bagi membantu siasatan."Siasatan dijalankan berhubung kemungkinan pelanggaran Seksyen 5(1)(c) yang dibaca bersama Seksyen 6(1)(d) dan Seksyen 7 Akta Perihal Dagangan 2011 berkaitan dakwaan perihal dagangan palsu berhubung kandungan petrol yang dibekalkan," katanya.Muhamad Hanif berkata, KPDN Selangor memberi amaran tegas kepada semua syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak agar memastikan tangki simpanan bawah tanah diselenggara secara berkala serta mematuhi piawaian keselamatan dan kualiti yang ditetapkan.Katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang sehingga menjejaskan keselamatan serta kepentingan pengguna.Dalam pada itu, beliau menasihatkan pengguna yang terjejas supaya menyimpan resit rasmi pembelian petrol dan laporan pemeriksaan bengkel sebagai dokumen sokongan bagi tujuan aduan serta membantu siasatan.
KPDN siasat tujuh stesen minyak kes RON95 bercampur air

Key takeaways
KPDN menyiasat tujuh stesen minyak di Selangor kerana aduan petrol RON95 tercemar air yang menyebabkan kerosakan enjin.
- 10 aduan rasmi melibatkan tujuh stesen minyak disiasat secara menyeluruh.
- 27 tin sampel petrol RON95 diambil untuk analisis makmal oleh Jabatan Kimia Malaysia.
- Siasatan mendapati kerosakan enjin disebabkan oleh pencemaran air dalam tangki bahan api.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AFHAM RAMLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian KPDN siasat tujuh stesen minyak kes RON95 bercampur air (this story)









