KUCHING - Tiada taman asuhan kanak-kanak (taska) diarah tutup setakat ini susulan keadaan jerebu, namun semua aktiviti luar perlu dihentikan bagi mengurangkan pendedahan kanak-kanak kepada udara tercemar.Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, keputusan untuk tidak mengarahkan penutupan taska secara menyeluruh mengambil kira keperluan ibu bapa yang bergantung kepada perkhidmatan itu ketika bekerja.Beliau berkata, ibu bapa diberi budi bicara untuk menentukan sama ada mahu menghantar anak ke taska atau tidak, khususnya di kawasan yang sekolahnya telah diarahkan tutup susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tinggi."Kami memahami ada ibu bapa yang tidak boleh membiarkan anak mereka di rumah begitu sahaja kerana tiada individu yang boleh menjaga mereka."Jadi, mungkin ibu bapa boleh berbincang dengan majikan atau pihak taska masing-masing mengenai langkah yang perlu diambil. Namun, perkara utama yang perlu dipatuhi ialah kanak-kanak tidak dibenarkan bermain di luar," katanya kepada selepas menyempurnakan program Empowerus 2026 bertemakan "Empowering Leaders: Sustainable, Resilient and Ethical Leadership" di sini, hariNancy berkata, ibu bapa juga dinasihatkan supaya membawa anak mendapatkan pemeriksaan doktor sekiranya mereka menunjukkan gejala sakit ketika keadaan jerebu berterusan. - Bernama
Jerebu: Tiada taska diarah tutup, aktiviti luar dihentikan - Nancy

Key takeaways
Tiada taska diarah tutup kerana jerebu, tetapi aktiviti luar dihentikan untuk mengurangkan pendedahan kanak-kanak kepada udara tercemar.
- Tidak ada arahan penutupan taska secara menyeluruh.
- Aktiviti luar dihentikan untuk mengurangkan risiko kesihatan kanak-kanak.
- Ibu bapa diberi kebijaksanaan untuk menentukan sama ada hantar anak ke taska.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Jerebu: Sekolah, tadika dan taska di Batu Pahat tutup
- Harian Metro Jerebu: Sekolah agama seliaan JAIS diarah tutup
- Sinar Harian Jerebu: Tiada taska diarah tutup, aktiviti luar dihentikan - Nancy (this story)








