KUALA LUMPUR: UMNO menegaskan parti itu tidak terbabit dalam pertikaian di antara institusi adat dan raja di Negeri Sembilan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pendirian itu sudah dinyatakan berulang kali menerusi kenyataan rasmi parti sejak sebelum pilihan raya hingga konflik berkenaan berlarutan selepas pilihan raya.

Katanya, UMNO sentiasa mempertahankan dan memartabatkan institusi Adat Perpatih serta institusi raja di Negeri Sembilan kerana perkara itu terkandung dalam manifesto dan kempen parti.

"Sebagaimana Naib Presiden UMNO (Datuk Seri Johari Abdul Ghani) sebutkan semalam, rakyat perlu mendapatkan fakta yang sebenar bahawa UMNO tidak pernah terbabit dan tidak pernah mencampuri (konflik institusi adat dan raja di Negeri Sembilan) .