KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur pada Khamis, dengan indeks petunjuk pasaran meningkat 0.36 peratus susulan aktiviti pembelian saham pada harga rendah yang berterusan bagi saham wajaran tinggi terpilih, mengatasi prestasi kebanyakan pasaran serantau yang ditutup rendah, kata penganalisis.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 5.87 mata kepada 1,608.14 berbanding 1,602.27 semasa ditutup pada Rabu.
Indeks itu yang dibuka meningkat 2.49 mata kepada 1,604.76, mencecah paras terendah harian 1,601.76 semasa awal dagangan, sebelum mendapat momentum pada sesi petang apabila ditutup pada paras tertinggi harian.
Di pasaran secara meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 681 berbanding 420 manakala 501 kaunter tidak berubah, 1,298 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung dagangan.









