TOKYO: Seekor ular sepanjang 40 sentimeter (cm) ditemukan bersembunyi di bawah karpet lantai sebuah pesawat di Jepun memaksa penerbangan ke Kagoshima dibatalkan, sementara pihak berkuasa menyiasat bagaimana reptilia itu boleh berada di dalam kabin.
Menurut laporan Kyodo News, ular itu ditemukan seorang mekanik di Lapangan Terbang Fukuoka kira-kira pukul 1 tengah hari Isnin, ketika kru sedang membuat persiapan sebelum pesawat berlepas.
Pesawat kendalian Japan Air Commuter itu dijadualkan terbang ke wilayah Kagoshima selepas tiba dari Lapangan Terbang Izumo pada hari sama.
Penemuan ular berkenaan menyebabkan penerbangan itu dibatalkan sepenuhnya, selain mencetuskan operasi pencarian selama sehari yang diketuai seorang pakar kawalan hidupan liar.










