Kuala Lumpur: Pemergian John Beasley ke Jepun bakal meninggalkan kehilangan besar buat sukan berbasikal trek negara selepas lebih dua dekad mencurahkan khidmat dalam melahirkan barisan pelumba bertaraf dunia.
Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill, mengakui sumbangan Pengarah Teknikal badan induk itu sukar dicari ganti, terutama dalam membentuk kejayaan skuad trek kebangsaan yang mencipta nama di pentas antarabangsa.
Beliau berkata, antara legasi terbesar Beasley ialah kejayaan membimbing Datuk Azizulhasni Awang, Muhammad Rizal Tisin, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, selain beberapa pelumba ternama lain.
"Sudah pasti yang paling terasa ialah kami di PKBM. John sudah bersama kami lebih dua dekad dan dalam tempoh itu, beliau melahirkan ramai pelumba bertaraf dunia.










