MELAKA TENGAH: Sindiket penipuan cinta dan pinjaman tidak wujud yang menjadikan banglo mewah dalam kawasan resort di daerah ini sebagai pusat operasi tumpas dalam serbuan polis jam 3 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Halim Abas, berkata, sindiket menyasarkan mangsa di Vietnam dan serbuan itu, polis menahan 14 warga Vietnam dan seorang warga China berusia antara 21 hingga 40 tahun.
Beliau berkata, sindiket itu dipercayai mula beroperasi sejak awal Oktober ini dengan menggunakan taktik menyamar sebagai pegawai khidmat pelanggan untuk mencari dan menghubungi mangsa.
"Hasil pemeriksaan di premis itu menemui 11 set komputer pelbagai jenama, 24 telefon bimbit, alat kawalan jauh, alat penterjemah serta 15 pasport.










