KUALA LUMPUR: Pengiktirafan antarabangsa yang diterima penyanyi dan komposer, Firdhaus Farmizi, 27, menerusi anugerah The Most Influential Singer-Songwriter of the Year menyuntik semangat baharu untuk terus menghasilkan karya berkualiti dan mengembangkan kerjaya muziknya di pasaran global.
Firdhaus berkata, pengiktirafan pada acara The Knights Award Season 5: A World of Influence itu amat bermakna kerana membuktikan karya yang dihasilkannya selama beberapa tahun mendapat perhatian dan penghargaan pendengar.
Katanya, kejayaan mewakili Malaysia menerima anugerah berkenaan bukan sahaja membanggakan, malah menjadi dorongan untuk terus berkarya dan memberikan yang terbaik kepada peminat.
"Sebenarnya saya sangat gembira menerima anugerah ini kerana gelarannya ialah The Most Influential Singer-Songwriter of the Year.










%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2022%2F11%2Fd0968346154e2d67790b2b354f703ec9.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)