KUALA LUMPUR: Sunway Property melancarkan Menara C, menara kediaman terakhir dalam pembangunan Sunway Velocity 3, susulan kadar pembelian Menara A dan B yang mencapai 98 peratus dalam tempoh dua tahun.
Pelancaran awal secara maya pada 10 Oktober lalu turut menerima sambutan apabila lebih 100 unit Menara C ditempah secara dalam talian pada hari berkenaan.
Menara C menawarkan unit kediaman lebih luas berkeluasan antara 775 hingga 1,324 kaki persegi, dengan tumpuan kepada keluarga dan pembeli yang mencari kediaman untuk didiami sendiri.
Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Property, Chong Sau Min, berkata sambutan terhadap Menara C mengukuhkan keyakinan syarikat bahawa pembeli menghargai kediaman yang dirancang dengan teliti serta mempunyai hubungan dengan pelbagai kemudahan harian.










