LONDON: Manchester United masih ragu-ragu sama ada mahu melantik Antonio Conte sebagai ketua jurulatih ketika masa depan Michael Carrick semakin tidak menentu.
Sumber yang mempunyai maklumat rapat mendedahkan Conte menghabiskan masa selama 24 jam di United Kingdom ketika rehat antarabangsa baru-baru ini.
Bagaimanapun, sumber yang rapat dengan Conte menegaskan beliau tidak mengadakan sebarang pertemuan dengan mana-mana wakil United.
Sumber di Itali mendakwa 'pintu sudah tertutup' dari pihak United dan percaya kelab itu akan memilih jurulatih dengan profil berbeza berikutan sikap Conte yang lantang serta cenderung berkonfrontasi.










